Friday, 4 March 2016

Resepi Puding Raja Yang Amat Sedap

Tags


Bahan utama yang harus ada ialah Jala Emas dan Pisang Lemak Manis.


Cara Membuat Jala Emas  

Bahan-bahannya ialah

[+]7 biji telur itik (gunakan telur itik kerana kuningnya lebih banyak)

[+]200 gram gula halus

[+]3 helai daun pandan

[+]2 cawan air

[+]Acuan roti jala / corong daun pisang



Cara-caranya ialah

[+]Pukul kuning telur sehingga kembang. Kemudian tapis bagi memastikan adunan bersih.

[+]Masak gula bersama air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan daun pandan. Biarkan mendidih dan pekat. Selepas itu buang daun pandan. Masak dengan api kecil.

[+]Apabila air mendidih dan berbuih halus, uraikan kuning telur di keliling periuk dengan acuan roti jala atau corong daun pisang ke dalam air gula.

[+]Angkat dan toskan.

[+]Kiraikan jala emas dengan menggunakan chopstick atau batang sate.

[+]Boleh siramkan dengan air putih untuk mengurangkan rasa manis, namun jala emas tidak dapat bertahan lebih daripada empat hari.



Bahan-bahan untuk Sampingan

[+]4 sikat pisang lemak manis

[+]1 genggam biji gajus

[+]5 biji buah prun

[+]Sedikit buah ceri

[+]2 sudu besar minyak sapi

[+]Minyak untuk menggoreng



Cara-caranya ialah

[+]Panaskan minyak dan minyak sapi.

[+]Goreng pisang sehingga kekuningan dan toskan minyak. (Jika boleh goreng dalam minyak yang penuh, lebih sedap).

[+]Kemudian goreng biji gajus dan ketepikan.



Bahan-bahan Untuk Kuah Puding

[+]1 tin susu cair

[+]3 biji kuning telur

[+]½ tin air

[+]1-2 cawan gula (ikut citarasa)

[+]3 helai daun pandan

[+]1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara untuk Membuat Kuah Puding

[+]Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Kemudian tapis.

[+]Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan rasa kemanisannya. Jangan terlalu manis. Kacau sehingga sebati.

[+]Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat.

[+]Selepas itu masukkan esen vanilla untuk menghilangkan bau hanyir telur.

[+]Kacau selalu agar tidak bergumpal.



Cara-cara untuk menghidang

[+]Letakkan pisang goreng di dasar acuan. Kemudian letakkan jala emas.

[+]Taburkan buah prun, ceri dan biji gajus.

[+]Dan tuangkan kuah untuk dimakan.


EmoticonEmoticon