BAHAN-BAHAN DOH ASAS IALAH:
(*)500g tepung high protein
(*)120g gula kastor
(*)5g bread improver
(*)15g tepung susu
(*)80g marjerin
(*)225g air sejuk/kiub ais
(*)12g yis
(*)7gm garam
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mesin pengadun dan adun kering
(*)2. Ketika putar; masukkan yis, telur, air. Teruskan mangadun.
(*)3. Apabila sudah menjadi doh bulat, masukkan marjerin. Apabila doh sudah elastik dan tidak koyak ditarik, keluarkan ia. Bulatkan doh. Perap selama 2-3 jam dalam suhu bilik sehingga kembang.
(*)4.Kemudian, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin, seterusnya timbang 50g setiap satu.
(*)5. Sedia untuk diadun menjadi aneka jenis roti.
PIZA SOSEJ MINI
BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)2 ketul doh seberat 50g
BAHAN-BAHAN (TOPPING) IALAH:
(*)2 potong sosej (belah dua)
(*)Mayones secukupnya
(*)Sos cili secukupnya
(*)Mixed vegetables (opsyen)
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Leperkan doh (telah ditimbang seberat 50g setiap satu) dengan penggelek
(*)2. Letakkan di dalam loyang pembakar. Terlebih dahulu sapu marjerin dalam loyang. Biar doh kembang dahulu.
(*)3. Setelah doh kembang, ambil sosej dan belah dua.
(*)4. Letak sosej di atas adunan.
(*)5. Letakkan sedikit sos cili di atasnya, dalam gerakan zig-zag
(*)6. Kemudian, letakkan pula mayones.
(*)7. Taburkan mix vegetables (sekiranya guna)
(*)8. Bakar pada suhu 180 C selama 18 minit dan sedia dimakan.
EmoticonEmoticon