BAHAN-BAHANNYA IALAH (Sayur Pecal):
(*)2 pokok kangkung | dicelur
(*)2 batang kacang panjang | dihiris kecil dan dicelur
(*)1 batang timun, hiris memanjang
(*)2 ketul tauhu |digoreng dan hiris
(*)2 paket tempe | digoreng dan hiris
(*)1 genggam taugeh
BAHAN-BAHAN KUAH:
(*)150 gm kacang tanah
(*)8 biji bawang merah
(*)2 ulas bawang putih
(*)2 inci isi cekur (jika mahu)
(*)1 inci belacan, dibakar
(*)1 1/2 sudu besar udang kering | direndam dan toskan airnya
(*)10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
(*)10 - 15 biji cili padi (jika mahu)
(*)Jus asam jawa secukupnya
(*)Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK KUAH IALAH:
(*)1. Sangai kacang tanah sehingga rangup dan buangkan kulitnya. Kisar hancur.
(*)2. Goreng pula udang kering bersama bawang merah dan bawang putih. Kemudian angkat dan toskan.
(*)3. Kemudian goreng cili kering dan cili padi dan tos minyak. Kisar semua bahan kecuali kacang tanah, garam dan gula.
(*)4. Tumis bahan kisar sehingga garing dan masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata sehingga kuah masak.
CARA MENYEDIAKAN PECAL IALAH:
(*)1. Hiris nipis semua sayur dan bahan-bahan lain.
(*)2. Susunkan di dalam bekas yang sesuai. Gaul rata dengan kuah kacang ketika ingin dinikmati.
(*)Anda boleh menambah apa saja jenis sayur atau bahan lain yang anda inginkan di dalam pecal yang disediakan.
EmoticonEmoticon