Friday 11 March 2016

Resepi Pau Goreng Sambal Sodap Lak aii

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)500gm tepung kuih pau
(*)6gm yis segera
(*)50gm minyak sayuran
(*)½ sudu teh garam
(*)100gm gula halus
(*)250g air suam


BAHAN-BAHAN INTI:

(*)100gm ikan bilis
(*)3 biji bawang merah | dikisar
(*)10biji cili kering | dikisar
(*)½ sudu teh belacan
(*)Garam secukup rasa
(*)Minyak masak secukupnya
(*)Air asam jawa secukupnya


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Inti: Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sebentar dan angkat.

(*)2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.

(*)3. Masukkan air asam jawa secukupnya, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.

(*)4. Masukkan ikan bilis tadi. Gaul rata dan angkat. Sejukkan.

(*)5. Untuk doh pau: Satukan air,yis,minyak sayuran,gula dan garam.

(*)6. Selepas itu masukkan ke dalam tepung yang telah dimasukkan ke dalam mangkuk adunan. Uli adunan itu selama 5 minit.

(*)7. Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40gm.

(*)8. Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.

(*)9. Setelah 10 minit,ambil doh dan bentukkan menjadi bulat. Buat sehingga adunan habis. Simpan lagi selama 1 jam.

(*)10. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng pau sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan sejukkan.

(*)11. Hiris di tengahnya separuh. Masukkan inti sambal. Lakukan sehingga pau habis.

(*)12. Sedia dihidangkan.


EmoticonEmoticon