Friday, 18 March 2016

Resepi Pajeri Terung Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah :

(*)3 biji terung panjang
(*)5 ulas bawang merah – dikisar
(*)3 ulas bawang putih – dikisar
(*)1/2 inci halia – dikisar
(*)7 cili kering – dikisar
(*)rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
(*)3 ulas bawang merah – dihiris
(*)2 ulas bawang putih – dihiris
(*)1 sudu besar udang kering – ditumbuk
(*)2 sudu besar rempah kari daging
(*)2 sudu besar kerisik
(*)Santan secukupnya
(*)Asam jawa
(*)Garam, Gula serta Gula Melaka

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.

(*)2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.

(*)3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.

(*)4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.

(*)5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.

(*)6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.

(*)7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.

(*)8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


EmoticonEmoticon