Thursday, 17 March 2016

Resepi Nasi Ulam Herba Sedappp

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)500gm nasi putih | telah sedia dimasak dan disuamkan
(*)50gm isi ikan kurau kering atau sebarang isi ikan kering (digoreng garing)
(*)1 helai kecil daun kunyit
(*)2 helai daun kaduk
(*)2 helai daun limau purut
(*)1 kuntum bunga kantan
(*)6 helai daun kemangi
(*)2 ulas bawang merah
(*)1 sudu teh serbuk lada hitam
(*)Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Kisar isi ikan kering hingga menjadi serbuk. Ketepikan.

(*)2. Hiris semua bahan ulam menjadi nipis dan halus.

(*)3. Di dalam sebuah bekas, campurkan nasi, ikan kering kisar dan ulam hiris.

(*)4. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata sehingga sebati.

(*)5. Sedia dihidangkan.


EmoticonEmoticon