Friday, 18 March 2016

Resepi Nasi Tomato Istimewa Untukmu

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)4 cawan beras basmathi – dibersih dan ditoskan
(*)8 sudu besar minyak sapi/marjerin
(*)Rempah ratus => 2 kuntum bunga cengkih, 1/2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 cm kulit kayu manis
(*)1 biji bawang besar dicincang
(*)5 sudu besar tomato puree dalam tin
(*)1.8 liter air + 2 kiub pati ayam ( masak sekaligus)
(*)daun saderi yang telah dicincang dan bawang goreng (optional)
(*)Bahan tumbuk : 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia
(*)secubit garam

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Beras yang telah dibasuh serta ditoskan dimasukkkan ke dalam periuk rice cooker.

(*)2. Cairkan minyak sapi dalam kuali diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah ratus sehingga naik bau.

(*)3. Masukkan bahan tumbuk serta bawang besar dan goreng hingga garing serta wangi.

(*)4. Kecilkan api dan tuangkan tomato puree. Gaulkan sebati.

(*)5. Kemudian, masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi dan kacau rata.

(*)6. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.

(*)7. Masak nasi seperti biasa sehingga masak.

(*)8. Hidangkan nasi dan taburkan daun saderi serta bawang goreng diatas nasi.

(*)9. Siap untuk dihidang bersama lauk kegemaran anda seperti ayam masak merah dan acar.


EmoticonEmoticon