Friday, 18 March 2016

Resepi Nasi Briyani Khas Buatmu

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)4 cawan beras basmathi
(*)5 cawan air
(*)1 cawan susu cair
(*)3 helai daun pandan – disimpul & ikat
(*)100 gm kismis
(*)100 gajus – digoreng
(*)5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
(*)Garam secukup rasa
(*)Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Bahan Tumis (Kisar) –

(*)6 biji bawang merah
(*)3 ulas bawang putih
(*)4 cm halia

Rempah Tumis –

(*)30 gm rempah briyani ADABI
(*)3 biji buah pelaga
(*)1 inci kayu manis
(*)1 kuntum bunga lawang
(*)3 biji bunga cengkih

Cara Memasaknya ialah :

(*)1. Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus.

(*)2. Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepi kan dulu. Goreng buah gajus ditos dan ketepikan.

(*)3. Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan. Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yang dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan. Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .

(*)4. Kemudian masukkan semua air dan susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras, garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan.

(*)5. Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik.

(*)6. Bila nasi dah masak boleh lah di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini.

(*)Enak dimakan bersama Ayam Masak Merah


EmoticonEmoticon