Monday, 21 March 2016

Resepi Nasi Ayam Istimewa Untukmu

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Bahan untuk ayam (perlu direbus) :

(*)1 ekor ayam dipotong 8
(*)2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
(*)2 cm halia, ditumbuk halus
(*)1 kiub ayam

Bahan Penyediaan Untuk Ayam (perlu diperap dahulu) :

(*)1 sudu besar kicap pekat
(*)1 sudu besar sos tiram
(*)1 cm halia, ditumbuk halus
(*)2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
(*)1 sudu besar kicap cair
(*)Sedikit madu untuk sapuan


Bahan-bahan Untuk Nasi:

(*)3 cawan beras
(*)4 cawan air rebusan ayam
(*)2 sudu besar butter
(*)1 cm halia ditumbuk halus
(*)3 ulas bawang putih ditumbuk halus
(*)Sedikit garam
(*)2 bunga lawang*
(*)4 buah pelaga*
(*)1 kayu manis*
(*)1 batang serai ketuk
(*)2 helai daun pandan
(*)Sedikit kunyit untuk aroma



Bahan-bahan Untuk Penyediaan Sos:

(*)5 biji cili merah siam
(*)5 ulas bawang putih
(*)2 cm halia
(*)1 sudu besar cuka
(*)1 sudu teh garam
(*)1 sudu teh gula
(*)1/2 cawan air rebusan ayam



Bahan-bahan Untuk Membuat Sup:

(*)Air rebusan ayam
(*)1 biji bawang besar, dikisar
(*)Rempah sup bunjut
(*)Garam
(*)Daun sup dan daun bawang yang dihiris



Bahan-bahan Untuk Kuah Kicap:

(*)Kuah kicap perapan ayam di atas
(*)Kicap manis cap kipas udang
(*)Sedikit garam
(*)Air rebusan ayam



Cara Membuatnya ialah:

Penyediaan Ayam:

(*)1. Bersihkan ayam, toskan air dan sapukan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
(*)2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
(*)3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
(*)4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.



Cara-cara Untuk Memasak Nasi:

(*)1. Basuh beras dan tos air.
(*)2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa



Cara-cara Untuk Penyediaan Sup:

(*)1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.



Cara-cara Untuk Memasak Sos:

(*)1. Kisarkan semua bahan memasak sos.
(*)2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.



Cara-cara Untuk Memasak Kuah Kicap:

(*)– Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.


EmoticonEmoticon