Saturday, 19 March 2016

Resepi Mihun Goreng Singapura Yang Gerekkkkk

Tags


BAHAN-BAHAN A:

(*)1 bungkus mihun | direndam sehingga lembut
(*)1 kiub ikan bilis
(*)2 sudu besar lada hitam | ditumbuk
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Sawi secukupnya
(*)Sedikit kobis | dihiris
(*)½ batang lobak merah | dihiris memanjang

BAHAN-BAHAN B (dikisar):

(*)3 ulas bawang merah
(*)4 ulas bawang putih
(*)3 sudu besar udang kering

BAHAN-BAHAN C:

(*)Bebola sotong, kek ikan dan udang secukupnya (mengikut amaun bihun)

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.    Tumis semua bahan B sehingga wangi. Kemudian masukkan sedikit air.
(*)2.    Masukkan bahan C dan kacau sebati. Bolehlah masukkan mihun.
(*)3.    Kacau lembut mihun supaya tidak hancur. Kemudian masukkan sayur.
(*)4.    Perasakan secukupnya. Siap!

(Sambal Kicap)

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)2 ulas bawang putih
(*)6-7 biji cili padi
(*)Sedikit kicap manis (sesuaikan mengikut selera)

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Goreng bawang putih seketika sehingga layu.
(*)2. Tumbuk halus dan campurkan dengan kicap manis. Siap!


EmoticonEmoticon