Friday, 18 March 2016

Resepi Mee Goreng Seafood Power

Tags


Bahan-Bahannya ialah: ( 5 orang makan )

(*)600g mee kuning
(*)2 ekor sotong
(*)6 ekor udang basah
(*)3 pokok sawi
(*)1 sb pes lada kering
(*)2 sb minyak masak
(*)1/2 sb sos tiram
(*)4 sb sos tomato
(*)1/2 sb kicap pekat
(*)3 cawan air panas
(*)3 ulas bawang putih
(*)garam dan gula
(*)lada jeruk – Jika ada
(*)cuka
(*)gula & garam
(*)lada besar hijau

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada dan tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.

(*)2. Masuk sos tomato, sos tiram, kicap pekat, gula dan garam. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa biar cukup semua bahan perasa, ikut selera anda.

(*)3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula daun sawi, kalau nampak agak kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi air panas.

(*)4. Kecilkan api & biar selama 4 minit. Kemudian gaul sekejap, bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.

(*)5. Alihkan mee kuning dari kuali. Jangan biarkan dalam kuali, air mee akan kering. Makan panas-panas bersama lada jeruk, taburkan dengan daun bawang & bawang goreng.


EmoticonEmoticon