Bahan-bahannya ialah:
(*)1 cekak pucuk ubi
(*)2 keping tempe (potong kiub)
(*)2 batang serai, dititik
(*)1 kuntum bunga kunyit (belah dua)
(*)1 biji bawang besar (dihiris)
(*)1200 ml santan
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Sedikit air
Cara memasaknya ialah:
(*)Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci, toskan dan celur hingga lembut. Toskan, cuci dan perah, kemudian hiris sedikit. Masukkan ke dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih dan serai, kacau rata dan tuang santan. Masak hingga mendidih.
(*)Masukkan tempe dan masak hingga pucuk ubi empuk. Jika anda ingin menambah kuah, anda boleh menambah sedikit air. Kacau perlahan, apabila mendidih masukkan bunga kunyit dan tambahkan gula dan garam secukupnya.
(*)Apabila ia telah masak, kecilkan api dan biar mendidih seketika, kacau selalu. Tutup api dan hidangkan
1 comments so far
Saya biasa buat gulai pucuk ubi tumbuk campur bunga kantan..
EmoticonEmoticon