Thursday, 24 March 2016

Resepi Lepat Pisang Enak

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)Daun pisang secukupnya- di layurkan dan di lapkan bersih
(*)30 biji pisang kapas- dilenyek halus (lebih kurang 3 cawan pisang yg telah di lenyek)
(*)1/2 cawan gula pasir
(*)5 sudu besar gula melaka- di racik halus (gula merah pun boleh)
(*)1 1/2 cawan tepung gandum
(*)4 sudu besar tepung beras
(*)1/2 cawan santan pekat
(*)secubit garam

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Layurkan daun pisang secukupnya.

(*)2. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka/gula merah dan gaul sebati.

(*)3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.

(*)4. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.

(*)5. Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.

(*)6. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.

(*)7. Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.


EmoticonEmoticon