Bahan-Bahannya ialah:
Bahan-bahan A (Lapisan Bawah) –
(*)2 cawan beras pulut
(*)2 cawan santan cair
(*)½ sudu teh garam
Bahan-bahan B (Lapisan Atas) –
(*)2 ½ cawan santan pekat
(*)½ cawan gula merah
(*)½ cawan gula pasir
(*)½ cawan air
(*)½ cawan tepung gandum
(*)1 cawan tepung beras
(*)1 biji telur
(*)½ sudu teh garam
Cara Membuatnya ialah:
Lapisan Bawah –
(*)1. Basuh beras pulut dan rendamkan selama beberapa jam sebelum dimasak. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
(*)2. Lapikkan plastik ke dalam loyang bulat ataupun empat segi. Tekan pulut yang sudah dimasak tadi supaya mampat dan cantik.
Lapisan Atas –
(*)1. Masak gula merah dan gula putih bersama ½ cawan air sehingga gula larut. Kemudian tapiskan untuk membuang bendasing yang terdapat dalam gula merah.
(*)2. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur dan garam dalam satu bekas. Gaul dan kemudian masukkan gula yang ditapis tadi bersama santan pekat. Kacau hingga semuanya sebati.
(*)3. Masukkan di dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar suam-suam kuku. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi. Kukus selama 30 minit.
(*)4. Sejukkan dahulu dan kemudian baru dipotong. Sedia untuk dihidangkan.
EmoticonEmoticon