Thursday 24 March 2016

Resepi Kuih Loyang Santan Rangup

Tags


Bahan-Bahannya ialah :

(*)500 gram tepung beras
(*)5 sudu besar gula pasir
(*)Santan secukupnya
(*)2 biji telur
(*)Sedikit kapur makan
(*)Sedikit garam
(*)Minyak masak

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Ayak tepung beras di dalam bekas dan masukkan gula, telur dan garam. Masukkan sedikit air kapur dan santan sedikit demi sedikit.

(*)2. Kacau hingga semuanya sebati dan adunan tidak berketul. Adunannya hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

(*)3. Panaskan minyak dalam kuali dan biarkan acuan dalam minyak tersebut sehingga betul-betul panas.

(*)4. Celupkan acuan yang panas tadi ke dalam adunan tepung dan seterusnya dicelup ke dalam minyak pula.

(*)5. Jangan celup kesemua acuan tenggelam ke dalam adunan kerana takut kuih melekat terus pada acuan tersebut.

(*)6. Goyangkan acuan sehingga kuih tersebut tertanggal dari acuan.

(*)7. Goreng hingga sedikit keperangan dan sedia untuk dihidang.


EmoticonEmoticon