Bahan-Bahannya ialah :
(*)6 keping roti sandwic
(*)buang kulit tepi, siat kecil & rendam dengan 150 gm air
(*)75 gm gula pasir
(*)3/8 tsp garam
(*)300 gm santan
(*)150 gm air
(*)90 gm tepung beras
(*)30 gm tepung sagu
(*)1 tsp coklat emulco
(*)pewarna kuning & oren
Caranya Membuatnya ialah :
(*)1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi. Alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.
(*)2. Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.
(*)3. Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
(*)4. Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas. Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati
(*)5. Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning, bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren, bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco. Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.
(*)6. Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit. Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit. Diikuti dengan selapis adunan oren. Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan. Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
EmoticonEmoticon