Thursday, 17 March 2016

Resepi Kuih Bunga Pudak Nyumm Nyumm

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:



BAHAN-BAHAN A (INTI):

(*)1 biji kelapa parut putih
(*)240gm gula
(*)Garam secukup rasa
(*)Perasa ros secukupnya
(*)Pewarna merah secukupnya
(*)Pewarna hijau secukupnya


BAHAN-BAHAN B (KULIT):

(*)240gm tepung pulut
(*)250ml air
(*)1 sudu teh garam halus


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Untuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada dua warna. Satukan bahan mengikut warna tersebut dan gaul sebati.

(*)2. Kemudian sangai di atas api sederhana. Kacau sehingga kering. Ketepikan.

(*)3. Untuk bahan B, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan biarkan selama 30 minit.

(*)4. Setelah itu, panaskan kuali leper dengan api sederhana panas.

(*)5. Masukkan satu sudu makan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.

(*)6. Seterusnya sudu inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Biarkan seketika dan barulah diangkat.

(*)7. Akhir sekali, ulangi proses sehingga adunan habis.

(*)8. Sedia untuk dimakan.


EmoticonEmoticon