BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(Kulit):
(*)300gm tepung berprotein rendah
(*)5 sudu besar madu
(*)3 sudu besar minyak kacang tanah
(*)1 sudu teh air
(*)I biji kuning telur | dicampurkan dengan ½ sudu teh kicap pekat
*Untuk inti, anda boleh memilih pelbagai perisa pes yang boleh dibeli di kedai bakeri.
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Ayak tepung dan letakkan di atas pencanai. Kemudian satukan madu, minyak kacang tanah dan air.
(*)2. Buat lubang di tengah tepung dan tuangkan campuran madu tadi. gaul dan bentukkan menjadi doh yang lembut. Jika melekat pada tanganm tambahkan sedikit tepung lagi.
(*)3. Kemudian tutup doh dengan kain lembap dan biarkan selama 30 minit.
(*)4. Selesai merehatkan doh, kepalkan doh menjadi bulat kecil. Kemudian isikan inti dalam doh.
(*)5. Masukkan ke dalam acuan cetak.
(*)6. Kemudian bolehlah dibakar dalam ketuhar yang dipanaskan dengan suhu 190°selsius selama 10 minit.
(*)7. Keluarkan dan sapu permukaan kuih dengan bacuhan kuning telur dan kicap tadi. Masukkan semula dalam ketuhar dan dibakar selama 10 minit atau sehingga ia bertukar warna kuning keemasan.
EmoticonEmoticon