Bahan-bahannya ialah:
(*)200 ml kicap lemak masin
(*)300 g gula melaka
(*)Gula pasir secukupnya jika perlu
(*)1 buku kecil belacan bakar (dihancurkan)
(*)½ botol kecil sos cili
(*)1 cawan cili kering (dikisar)
(*)Bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
(*)125 g tepung ubi (dibancuh dengan air)
Cara Memasaknya ialah:
(*)Satukan semua bahan kecuali bijan dan tepung di dalam periuk. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. Pastikan rasanya sesuai dengan citarasa anda.
(*)Masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul).
(*)Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
(*)Akhir sekali barulah masukkan bijan. Gaul hingga rata.
(*)Tutupkan api dan biar hingga sejuk.
EmoticonEmoticon