Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Kek ialah :
(*)200 gram tepung gandum
(*)200 gram gula pasir halus
(*)8 biji telur
(*)1 sudu teh ovellete
(*)200 gram mentega (dicairkan)
(*)2 sudu teh kopi segera, larutkan dengan sedikit air
Bahan-bahan Untuk Tiramisu ialah:
(*)1 semakan gelatin
(*)2 sudu makan air
(*)160 gram gula pasir
(*)500 gr ammascarpone
(*)180 ml whipped cream (dikacau)
Untuk Ditabur ialah:
(*)2 sudu teh serbuk coklat
Cara-cara Membuat Kek Tiramisu ialah:
Untuk Kek:
(*)Campur semua bahan kecuali mentega, kemudian pukul sehingga mengembang.
(*)Tambahkan mentega cair, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
(*)Tuang ke dalam dua buah loyang atau bekas empat segi berukuran 20×20 cm.
(*)Kemudian bakar dengan suhu 180º C selama 30 minit atau hingga masak Angkat dan sejukkan.
Untuk Tiramisu:
(*)Campur gelatin dengan air, biar sehingga gelatin larut.
(*)Setelah itu, masukkan gula, kacau sebati.
(*)Pukul mascarpone sehingga lembut, masukkan whipped cream, yang sudah dikacau, pukul lagi sehingga rata.
Keseluruhan:
(*)Siapkan sebiji kek, lapisnya dengan ‘cling wrap’ dan siram dengan air kopi.
(*)Tuang tiramisu kemudian letak kembali dengan kek, siram dengan air kopi dan tuang tiramisu diatasnya.
(*)Simpan dalam peti sejuk selama dua jam sehingga mengeras. Potong-potong dan hidangkan.
(*)Hidangkan dengan taburan serbuk coklat bagi menambah seri dan kesedapan kek tiramisu.
EmoticonEmoticon