Tuesday, 22 March 2016

Resepi Kek Cawan Red Velvet Yang Menggoda

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)11/4 cawan tepung gandum protein sederhana

(*)2 sudu teh serbuk koko

(*)½ sudu teh serbuk baking powder

(*)½ sudu teh baking soda

(*)¼ sudu teh garam

(*)½ sudu teh esen vanilla

(*)¼ cawan butter (tanpa garam – unsalted butter)

(*)¾ cawam gula pasir

(*)¾ buttermilk

(*)1 biji telur

(*)Sedikit pewarna merah


Bahan Untuk Frosting Kek Cawan Red Velvet ialah:

(*)2 cawan gula halus

(*)4 oz cream chesse

(*)2 sudu makan butter (tanpa garam)

(*)1 sudu makan susu

(*)1 sudu teh esen vanilla


Cara Membuat Kek Cawan Red Velvet ialah:

(*)Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius, siap sedia sarung kertas kek cawan.

(*)Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder,baking soda dan garam dalam satu mangkuk.Sisihkan.

(*)Campur gula dan butter, kemudian masukkan telur dan esen vanilla, setelah itu pukul sampai rata.

(*)Ubah kecepatan mixer pada yang paling rendah, masukkan setengah campuran bahan kering (langkah nombor 2 tadi) dan masukkan juga setengah buttermilk. Pastikan ke semua bahan itu sudah bercampur rata.

(*)Kemudian barulahlah masukkan sebahagiannya lagi. Apabila sudah tercampur, kacau adunan dengan spatula dan sekali lagi pastikan kesemua bahan telah berbaur rata. Kemudian masukkan pewarna merah, dan pastikan warnanya benar-benar cantik dan menyerupai merah baldu.

(*)Kemudian sudukan adunan tersebut ke dalam cetakan muffin atau cawan kertas yang sudah siap tersedia itu tadi.

(*)Masukkan dalam oven, dan biarkan selama 18-22 minit. Cucuk dengan lidi atau pencungkil gigi di bahagian tengahnya untuk memastikan kek cawan red velvet anda ini benar-benar sudah masak. Angkat dan biarkan ia sejuk.


Cara membuat Frosting Kek Cawan Red Velvet ialah:

(*)Pukul semua bahan frosting dengan mixer sampai creamy dan kental. Kemudian masukkan ke frosting plastik ( plastik segitiga untuk menghias kek atau biskut)
(*)Hiaskan frosting di atas kek cawan mengikut selera anda, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk kira-kira 10-15 minit agar frostingnya mendapat tekstur yang sempurna.


EmoticonEmoticon