Tuesday, 22 March 2016

Resepi Kek Batik Milo Yang Dibuat Dengan Penuh Kasih Sayang

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)250 gram biskut marie (dipatah-patah)
(*)125 gram mentega
(*)2 biji telur gred A (dipukul sedikit
(*)¾ cawan susu pekat manis
(*)1 cawan milo
(*)½ camca besar serbuk koko
(*)¼ cawan air
(*)¾ camca teh esen vanilla


Cara membuatnya ialah:

(*)Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega ke dalam satu bekas.

(*)Kacau hingga semua sebati.

(*)Tuang bahan itu ke dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.

(*)Kacau tanpa henti bancuhan tadi sehingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.

(*)Tuang dalam bekas atau loyang yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi sehingga padat, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas.

(*)Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam.

(*)Keluarkan dan biarkan ½ jam sebelum dihidangkan.


EmoticonEmoticon