BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)500 gm isi ayam - dipotong dadu
(*)2 biji ubi kentang - dipotong empat
(*)2 biji bawang besar - dihiris
(*)6 ulas bawang putih - dihiris
(*)3 inci halia - dihiris
(*)1 keping asam gelugur
(*)2 kotak kecil santan
(*)6 sudu besar serbuk kari
(*)Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga secukupnya
(*)Air secukupnya
(*)Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga kekuningan.
(*)2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Teruskan memasak dengan api perlahan hingga rempah garing dan pecah minyak.
(*)3. Tambahkan ubi kentang dan ayam. Masak hingga empuk dan tambahkan air selebihnya. Biarkan mendidih.
(*)4. Kemudian masukkan santan, asam gelugur, gula dan garam secukup rasa. Masak lagi hingga pecah minyak.
(*)5. Sedia untuk dinikmati.
EmoticonEmoticon