Friday, 4 March 2016

Resepi Daging Masak Kurma Kaww

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)500 gm daging | dihiris nipis
(*)50 gm serbuk kurma
(*)2 biji cili hijau | dibelah dua
(*)2 kuntum bunga lawang
(*)2 cawan santan
(*)2 ulas bawang kecil | dihiris
(*)2 ulas bawang putih | dihiris
(*)1 ulas bawang besar | dihiris
(*)1 batang kulit kayu manis
(*)Sedikit air
(*)Minyak masak
(*)Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. (*)Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
2. (*)Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
3. (*)Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. (*)Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
5. (*)Gaul rata sebelum dimasukkan santan, cili hijau dan perasakan dengan garam.
6. (*)Biarkan mendidih dan kuah agak pekat.
7. (*)Sedia untuk dihidang.


EmoticonEmoticon