Monday, 14 March 2016

Resepi Croissant Sedap

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:-

(*)250 gm tepung protein tinggi
(*)13 gm telur
(*)½ sudu teh garam
(*)25 gm gula kastor
(*)10 gm susu tepung
(*)5 gm yis kering
(*)20 gm mentega
(*)112 ml air sejuk ais
(*)113 gm pastry marjerin
(*)½ sudu teh pelembut roti


CARA MEMASAKNYA IALAH:-

(*)1. Masukkan tepung protein tinggi, telur, garam, gula kastor, susu tepung, yis, pelembut roti dan mentega ke dalam mangkuk besar.  Gaul hingga sebati.

(*)2.  Kemudian masukkan air ais sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.

(*)3. Rehatkan doh seketika dan tutup menggunakan kain lembap selama 15 minit.

(*)4. Canai doh hingga nipis dan letakkan pastry marjerin di tengah-tengah. Lipat doh menjadi  lipatan tiga.

(*)5. Canai doh sekali lagi sehingga nipis dan buat lipatan buku. Rehat selama 10 minit.

(*)6. Canai doh setebal  5mm dan potong  doh menjadi  segi tiga.

(*)7. Gulung doh hingga menjadi bentuk bulan sabit. Letakkan diatas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega. Biarkan hingga kembang dua kali ganda.

(*)8. Sapu putih telur dipermukaan doh. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190’c selama 15 minit atau sehingga croissant menjadi kuning keemasan.


EmoticonEmoticon