Wednesday, 23 March 2016

Resepi Chicken Chop Perghhh Sedap

Tags


Bahan-bahan Chicken Chop ialah:

(*)4 keping dada ayam tanpa tulang

(*)1/2 kiub ayam

(*)2 sudu besar sos tiram dan kicap manis

(*)3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)

(*)1cm halia (tumbuk kasar)

(*)Lada hitam, lada sulah dan satu sudu kecil olive oil

Cara-cara Chicken Chop ialah:

(*)Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
(*)Cucuk sedikit bahagian yang ada isi dengan garfu supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
(*)Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
(*)Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
(*)Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
(*)Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
(*)Perap daging paling kurang selama 1 jam. Tapi lagi enak jika ayam diperap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging.
(*)Bakar daging sehingga masak, gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus


Bahan-Bahan Mashed Potato ialah:

(*)3 biji kentang besar

(*)2 sudu besar mentega

(*)1/4 cawan susu segar


Cara-cara Mashed Potato ialah :

(*)Kupas kentang dan potong dadu (supaya cepat embuk dan mempercepatkak proses melenyek)

(*)Rebus kentang sehingga empuk (masukkan sedikit garam supaya ada rasa)

(*)Bila empuk, toskan air dan terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas

(*)Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata.

(*)Sesuaikan rasa (tambah garam, jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam)


Bahan-Bahan Sos Black Pepper ialah:

(*)1 labu bawang besar holland kuning dicincang halus

(*)4 sudu besar tepung gandum

(*)1 kiub ayam

(*)2 sudu besar sos tiram dan kicap manis

(*)4 sb sos lada hitam dan 2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar

(*)3 cawan air (atau lebih)

(*)Sedikit oregano

(*)2 sudu besar mentega


Cara-Cara Sos Black Pepper ialah:

(*)Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan), tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing)

(*)Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.

(*)Masukkan tepung gandum (tidak perlu dibancuh dengan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.

(*)Masukkan air dan kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau). Masukkan kiub ayam.

(*)Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap. Kacau sebati.dan kalau kuah anda pekat sangat tambah sedikit air. Masukkan oregano dan renehkan sebentar

(*)Tambah perasa jika kurang dan hidangkan bersama mashed potato dan juga chicken chop.


EmoticonEmoticon