Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
Bahan Kering –
(*)2 cwn tepung gandum
(*)1 sudu besar baking powder
(*)3 sudu besar gula kastor
(*)1 sudu teh garam
Bahan Basah –
(*)1 biji telur gred A
(*)1 cwn susu segar/susu cair
(*)1/2 cwn minyak jagung
(*)1/2 cwn cheddar cheese ~ diparut
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:
1. (*)Ayak bahan kering, baking powder, gula kastor dan garam.
2. (*)Dalam mangkuk yang lain campur bahan basah telur, susu, dan minyak. Pukul sekejap sahaja sekadar untuk bercampur adunan.
3. (*)Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke dalam campuran tepung dan gaul rata. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga rata.
4. (*)Sudukan adunan muffin ke bekas acuan yang sudah diglis dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletakkan dalam papercup, isi 3/4 penuh, tabur sedikit parutan cheedar cheese diatasnya.
5. (*)Panaskan oven dengan suhu 180’C ~ 200’C dan bakar selama 20 ~ 25minit.
Nota:
(*)Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras, membuat muffin telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan tangan sahaja. Suhu oven sebaiknya tinggi 180~200’C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit, bila dah panas masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven, insyalah muffin akan naik dengan cantiknya.
EmoticonEmoticon