Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:
[-]1 cawan beras pulut hitam – direndam (lagi lama lagi elok)
[-]6 cawan air
[-]5 sudu besar gula
[-]sedikit gula nisan
[-]secubit garam
[-]3/4 cawan santan segar
[-]2 helai daun pandan
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:
1. [-]Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
2. [-]Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
3. [-]Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
4. [-]Padamkan api. Biarkan bubur suam sedikit, kemudian hidangkan.
EmoticonEmoticon