Bahan-bahan ayam rendang ialah:
(*)1 kg ayam – potong 12 bahagian
(*)4 cawan santan pekat
(*)1 cawan kelapa parut – goreng tanpa minyak dan kisar untuk dijadikan kerisik
(*)3 keping asam gelugur
(*)hirisan daun kunyit
(*)5 helai daun limau purut
(*)garam/ gula / perasa pilihan secukupnya
(*)minyak
Bahan kisar ayam rendang ialah:
(*)10 biji cili kering
(*)2.5cm kunyit hidup
(*)2.5cm halia
(*)3cm lengkuas
(*)5 batang serai – hiris kasar
(*)1 labu bawang besar
Bahan tumis ayam rendang ialah:
(*)5 ulas bawang putih – tumbuk kasar
(*)5 biji bawang merah – tumbuk kasar
(*)1 batang kulit kayu manis
(*)2 kuntum bunga lawang
(*)2 biji buah pelaga
(*)3 kuntum bunga cengkih
Cara-cara untuk memasak ayam masak rendang ialah:
(*)1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
(*)2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau.
(*)3. Kemudian masukkan semua bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
(*)4. Masukkan ayam, dan asam keping. Gaul sebati hingga ayam lembut.
(*)5. Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan hingga ayam empuk.
(*)6. Masukkan kerisik, garam / gula / perasa secukupnya.
(*)7. Biarkan seketika sehingga kuah pekat dan taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
(*)8. Angkat dan hidangkan.
EmoticonEmoticon