Sunday, 20 March 2016

Resepi Ayam Masak Lada Hitam Sedap

Tags


Bahan-Bahan Yang Diperlukan ialah:

(*)6 ketul dada/paha/kepak ayam (ikut selera anda)
(*)Sebiji bawang Bombay (dipotong empat segi atau bulat – ikut selera anda)
(*)Setengah biji paprika hijau, potong segitiga
(*)Setengah biji paprika merah, potong segitiga
(*)Setengah biji paprika kuning, potong segitiga
(*)1sudu teh serbuk lada hitam (sebaiknya guna lada hitam yang telah anda tumbuk atau kisar sendiri)
(*)2 ½ sudu besar kicap manis(gunakan satu sudu besar kicap manis tersebut untuk ‘perap’ (marinate) ketulan ayam tadi)
(*)Sedikit gula pasir.
(*)Sedikit pati ayam sebagai penyedap rasa.
(*)Sedikit minyak masak untuk menumis.
(*)Sedikit air asam jawa.


Cara Membuatnya ialah:

(*)Tuang satu sudu besar kicap manis ke atas ketulan ayam, gaul sehingga rata dan biarkan selama 10 minit.

(*)Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang Bombay sehingga berbau harum, kemudian masukkan ketiga-tiga jenis paprika dan serbuk lada hitam. Gaul rata selama seminit,.

(*)Kemudian masukkan ketulan ayam, masak sehingga matang. Kemudian masukan kicap manis, pati ayam dan gula pasir serta air asam jawa.

(*)Jika sudah masak, angkat dan nikmatinya bersama nasi putih yang masih hangat.


EmoticonEmoticon