Bahan-bahannya ialah:
Bahan-bahan A
(*)1 cawan gula merah
(*)½ cawan gula pasir
(*)1 cawan air
(*)2 helai daun pandan
Bahan-bahan B
(*)1 sudu besar yis
(*)¼ cawan air suam
(*)1 sudu kecil gula pasir
Bahan-bahan C
(*)3 cawan tepung gandum
(*)½ cawan tepung beras
(*)1 cawan air
Cara Membuatnya ialah:
(*)Masak semua bahan A sehingga gula larut. Ketepikan sehingga sejuk.
(*)Bancuh bahan B dan biarkan sehingga berbuih.
(*)Campurkan kesemua bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan semula bahan A yang telah sejuk tadi.
(*)Kacau sehingga sebati dan masukkan bahan B tadi. Setelah sebati, tutup dan biarkan ia diperap selama 1 jam atau naik 3x ganda.
(*)Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit.
(*)Kukus adunan selama 40 minit dengan api yang sederhana kuat.
(*)Setelah masak, biarkan apam gula merah ini sejuk, barulah dipotong dengan pisau tajam supaya kuih tak kelihatan mampat.
(*)Hidangkan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.
Info Extra!
Khasiat Gula Merah
Membersihkan darah
(*)Gula merah berperanan sebagai agen yang mampu membersihkan racun-racun dari darah anda.
Mengatasi masalah penghadaman
(*)Selain berfungsi untuk membersihkan racun di dalam darah, gula merah juga boleh mengurangkan masalah penghadaman. Caranya tambah gula merah di teh susu atau minuman anda yang lain agar dapat melancarkan sistem penghadaman.
Mencegah Anemia
(*)Gula merah mengandungi zat besi sehingga membantu mengatasi masalah anemia ketika wanita haid.
Mencegah Jerawat
(*)Gula merah boleh mengatasi masalah kulit seperti bintik hitam dan jerawat. Gula merah ini tidak menyebabkan keradangan kulit. Gunakannya jika anda mahukan kulit yang lembut dan bersih.
Mencegah batuk dan demam
(*)Gula merah mempunyai sifat menyejukkan sehingga boleh dimakan ketika anda terkena batuk kering dan demam. Caranya dicampurkan ke menu makanan. Gula merah ini boleh membantu anda untuk mencairkan kahak dan batuk cepat reda.
Mencegah Asma
(*)Pesakit asma digalakkan untuk menggunakan gula merah dan mengurangkan gula pasir. Ketika suhu badan terjaga, asma dapat diatasi dan tidak mudah berulang. Gula merah juga mempunyai sifat anti alergi.
Mengurangkan kesakitan ketika haid
(*)Seringkali para wanita ketika haid perut terasa sakit. Ambil kunyit yang dibancuh dengan gula merah, maka sakit perut tersebut akan reda.
EmoticonEmoticon