Tuesday, 15 March 2016

Resepi Acar Buah Istimewa Lazat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1 bungkus kecil buah kana
(*)1 bungkus buah asam manis
(*)1 bungkus buah asam bulat
(*)1 bungkus buah asam kuning
(*)10 ulas bawang merah
(*)5 ulas bawang putih
(*)2 cm halia
(*)½ mangkuk kecil cili boh
(*)1 sudu makan cuka
(*)1 sudu teh gula merah
(*)Garam secukup rasa
(*)Serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya.

(*)2. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil.

(*)3. Panaskan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata.

(*)4. Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat.


EmoticonEmoticon