Thursday, 10 March 2016

Punca Perut Buncit

Tags


1. Makan berlebihan

(*)Mereka yang cenderung makan berlebihan pada hujung minggu terutama pada hari Sabtu, meningkatkan lagi pengambilan lemak.

(*)untuk menghindari kalori berlebihan pada hujung minggu, perhatikan jumlah makanan.

(*)Selain itu, gula dan alkohol, teruma yang terkandungi dalam minuman keras boleh membuatkan otot anda menjadi kendur.

(*)Minuman keras yang diharamkan bagi masyarakat Islam ini sangat berbahaya buat tubuh.Ia mengandungi banyak kalori dan boleh menyebabkan seseorang itu makan lebih banyak daripada kebiasaannya.

(*)Begitu juga dengan tembakau yang boleh merosak kerja penghadaman.Jika anda merokok selepas makan, anda pasti akan berasa kembung perut.  Jadi, berhentilah merokok!



2. Makan Dengan Gelojoh

(*)Ketika makan terburu-buru atau gelojoh, anda sebenarnya telah mengorbankan waktu yang diperlukan untuk menghadamkan makanan. Ia boleh membuatkan tubuh tidak sempat memberi signal kenyang.

(*)Sediakan waktu , paling kurang 20 minit untuk mengunyah sehingga dapat memberikan signal kenyang dan ia mampu menghindari anda makan berlebihan.  Cara terbaik, duduk dan bertenanglah terlebih dahulu, makan dan kunyah dengan perlahan-lahan.



3. Tidur Selepas Makan

(*)Hindari terus tidur sebaik sahaja selesai menikmati hidangan. Tidur selepas makan menyebabkan proses penghadaman usus tidak dapat bekerja dengan baik dan menyebabkan perut menjadi buncit!



4. Stress

(*)Stress boleh menganggu tugas tubuh dan penghadaman sehingga membuatkan anda berasa kenyang. Situasi ini akan menimbulkan masalah pada kemampuan tubuh dalam menyimpan lemak. Hasilnya, perut anda akan kelihatan mengembang.

(*)Wanita yang tahap stressnya lebih tinggi cenderung memiliki lemak perut berlebihan meskipun dia tidak kelebihan berat badan. Ia terjadi mungkin disebabkan oleh efek daripada hormone stress kortisol.



5. Pola Pemikiran Yang Salah

(*)Makanan adalah perkara yang penting dalam kehidupan. Makanan bukanlah musuh, dan diet apapun yang mengatakan itu tidak baik bagi tubuh anda. Berada pada pola diet yang salah hanya akan membuatkan berat badan anda cepat turun, namun cepat naik ketika anda berhenti diet. Untuk berat badan yang ideal, anda perlu nutrisi yang seimbang.



6. Makan Tidak Teratur

(*)Melompati jam makan adalah cara lain yang akan membuat metabolisme anda menjadi tidak menentu.

(*)Tubuh akan menggumpul lemak yang lebih untuk menutupi kekurangan nutrisi. Makanlah ‘snack’ ringan seperti segenggam kacang atau sereal ketika anda mulai lapar. Hindari makan selepas jam tujuh malam, ketika metabolisme berada pada titik lemahnya.



Take Notes!!!!

(*)Menurut kajian Sains, setiap orang memiliki ‘six pack’,namun tidak semua dapat dilihat secara fizikal kerana penggumpulan lemak yang menimbun di perut. Untuk mendapatkan perut rata , salah satu caranya adalah melalui ‘fitness’ dan menjaga pola makanan sihat yang seimbang.

(*)Selain itu, anda harus seimbangkan pengambilan protein, serat dan menjaga keperluan cecair di tubuh kerana ia akan meningkatkan kelancaran metabolisme tubuh dan membakar kalori.


EmoticonEmoticon