Tuesday 29 March 2016

Punca Bayi Anda Kerap Kembung Perut

Tags


Mengapa Bayi Anda Mengalami Kembung Perut?

(*)Alah kepada laktosa.
(*)Usus bayi masih belum matang.
(*)Cara anda menyusukan bayi.
(*)Bayi mengalami ketidakselesaan disebabkan oleh angin.
(*)Sistem saraf bayi belum matang menyebabkan ia sensitif terhadap persekitaran.
(*)Susu formula yang kurang bersesuaian.
(*)Terdedah kepada asap rokok. Jika ibu bayi merokok ketika mengandung dan berpantang, bayi itu lebih berisiko mengalami kembung perut.


Cara Mengatasi Bayi Kembung Perut

(*)Elakkan dari membiarkan bayi anda dengan persekitaran yang bising.
(*)Bawa bayi anda bersiar-siar dan ambil angin.
(*)Selimutkan bayi anda dan biarkan dia selesa dengan keadaan itu.
(*)Selepas memandikan bayi, cuba membuat urutan dari tapak kaki bayi sehingga ke perut.
(*)Jika bayi anda mengambil susu formula, mungkin ia tidak sesuai dan anda boleh bertukar kepada susu lain.
(*)Pastikan bayi latch dengan baik semasa proses menyusu badan.
(*)Memberi ubat dimethicone untuk mengurangkan simptom kembung (Boleh didapati di klinik)


Dapatkan Nasihat Doktor Sekiranya;

(*)Bayi anda menangis dengan nada yang sakit.
(*)Bayi anda menangis dalam tempoh masa yang lama dan berterusan.
(*)Bayi anda mengalami muntah dan cirit birit.
(*)Suhu badan bayi anda meningkat.


EmoticonEmoticon