1. Flawless Skin
(*)Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat seperti supermodel Katte Mos, anda perlu membersihkan wajah secara rutin setiap pagi dan malam. Pada waktu pagi, Katte Mos akan memanfaatkan air sejuk untuk mencuci wajahnya. Air sejuk berupaya membuatkan pori-pori pada wajah mengecil.
(*)Selain itu, baik supermodel mahupun artis Hollywood yang cantik, kebanyakan mereka begitu menitikberatkan soal mekap terutama etika berjalan di pentas peragaan ataupun lakonan.
(*)Namun, selepas itu mereka akan berusaha untuk membersihkan wajah dengan sebaik mungkin. Penggunaan makep remover sangat penting kerana ia membantu dalam menghapuskan sisa-sia mekap pada wajah anda. Anda boleh memilih ‘coconut oil’ sebgai makeup remover kerana ia mengandungi kandungan yang sangat baik untuk kulit wajah.
2. Long Lasting Lip
(*)Supaya bibir kelihatan ‘pop up’ dan tahan lama, kebanyakan supermodel dan artis Hollywood selalu menggunakan pensil bibir terlebih dahulu sebelum memakai lipstick. Dalam pemilihan pensil bibir, sebaiknya pilihlah yang memiliki warna yang sesuai dengan bibir anda.
3. Natural Brows
(*)Untuk mencipta kesan kening anda semakin hidup dan kelihatan semulajadi, aplikasikan sedikit ‘shimmer colored powder’ pada kening anda.
4. Kulit Sensifif
(*)Jika anda adalah seorang wanita yang mempunyai kulit sensitif, anda disarankan menggunakan produk perawatan kulit daripada bahan semulajadi. Anda boleh menggunakan ‘green tea’ dan ‘tea tree oil’ sebagai pembersih wajah anda.
Petua Cantik Semulajadi Selebriti Hollywod Yang Anda Wajib Tahu!
Miranda Kerr
(*)Wajah supermodel terkenal ini cukup mempesonakan. Miranda Kerr memiliki kecantikan yang super asli! Namun, tahukah anda, bahawa untuk mendapatkan rambut yang panjang serta cantik semulajadi, dia sering menggunakan pati lemon dan minyak zaitun sebagai masker rambut. Bahan semulajadi tersebut membuatkan rambut Miranda sangat cantik, beralun dan bersinar-sinar.
Scarlett Johansson
(*)Selebriti cantik ini memang berbakat besar dalam dunia lakonannya. Setiap watak yang dibawa mampu dipikul dengan sempurnanya. Kehebatannya bukan sekadar dalam dunia lakonan sahaja, bahkan dia juga tidak mahu kalah dalam membahagi rahsia kecantikan kulit wajahnya.
(*)Dia memilih ‘toner’ ataupun penyegar wajah yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang mampu mengurangi kesan cela pada wajahnya. Untuk menjadikan wajahnya agar sentiasa kelihatan segar serta cerah, dia gemar menggunakan campuran air dan pati lemon. Cara ini dikatakan sangat efektif dalam mengurangi bintik-bintik hitam pada wajah.
Emma Stone
(*)Gadis ‘Spiderman’ ini cukup menawan dengan kulitnya yang cantik serta gebu. Di sebalik kecantikan wajahnya, tahukah anda dia sebenarnya mempunyai rambutperang yang begitu asli sekali. Emma sangat alergi dengan pelbagai produk kosmetik kecantikan. Jadi, sebab itulah Emma hanya menggunakan produk yang benar-benar sesuai dengan wajahnya iaitu ‘baking soda’ serta susu pembersih secukupnya. Itulah rahsia Emma memiliki kulit cantik dan mempesonakan.
Amanda Seyfried
(*)Artis bermata cantik ini merupakan duta minyak wangi ‘Givechy’. Amanda cukup menitik beratkan soal kecantikan dirinya dan menggunakan minyak kelapa untuk mempertahankan keindahan kakinya.
EmoticonEmoticon