Jom, Semak 7 Petua Panjangkan Rambut
1. Jangan Biar Rambut Anda Rosak!
(*)Anda perlu melindungi rambut daripada kerosakan. Macam mana rambut nak panjang, jika keadaan kulit kepada dan rambu anda tidak sihat. Cuba hindari faktor utama yang menyebabkan rambut rosak seperti terkena sinaran matahari serta pencemaran. Untuk melindunginya, anda perlu memakai topi atau payung sebelum keluar rumah atau sentiasa memakai serum dan vitamin rambut.
(*)Bagi anda yang suka mem ‘blow-dry’ rambut, cuba kurangi. Ia memang membantu mengeringkan rambut dengan cepat, tetapi apabila rambut terlalu banyak terkena udara panas dari ‘hair-dryer’ ia akan membuatkan rambut menjadi kering dan ‘patah-patah’.
(*)Jika anda suka berenang, pastikan anda mencuci serta membilas rambut dengan bersih. Air klorin menjadi salah satu penyebab kerosakan rambut. Klorin boleh membuatkan pertumbuhan rambut menjadi semakin lambat. Selain air klorin, air masin dari laut juga dapat membuatkan rambut menjadi kering, rosak sehingga memperlambatkan pertumbuhan rambut.
2.Pengambilan Makanan Berprotein
(*)Pengambilan makan berzat juga adalah petua panjangkan rambut daripada ‘dalam’. Protein cukup bermanfat untuk memenuhi keperluaan nutrisi untuk tubuh serta bagi pertumbuhan rambut. Penuhi keperluan protein pada setiap hari agar rambut boleh tumbuh dengan cepat. Antara makanan sumber protein ialah telur, ikan, ayam, kacang-kacangan, daging merah serta produk-produk yang diperbuat daripada olahan susu.
3. Guna Minyak Zaitun
(*)Minyak zaitun boleh membantu melembutkan rambut kusam menjadi lebih bersinar-sinar sekaligus menyihatkan rambut dan kulit kepala. Menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut memang bagus tetapi ramai yang tidak tahan dengan aromanya. Jadi, bertahan untuk sejam, kemudian bilaslah sehingga bersih.
4. Khasiat Santan & Air Kelapa
(*)Menggunakan santan merupakan salah satu petua panjangkan rambut dengan cepat. Ia membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Gunakan secara rutin dan teratur, lakukan cara ini tiga atau empat kali dalam seminggu. Gunakan santan sebanyak 300 hingga 400ml ke kulit kepala dan rambut secara merata. Kemudian bungkusnya dengan tuala suam, biarkan selama 15 hingga 20 minit. Setelah itu barulah dibilas dengan menggunakan air sejuk.
(*)Gunakan air kelapa pada rambut, sapu menyeluruh pada rambut dan biarkan ia kering semalaman agar dapat membantu pertumbuhan rambut serta memperkuatkannya. Setelah itu, bilas dengan syampu agar rambut tidak melekit. Air kelapa kaya dengan kandungan protein, kalium serta zat besi.
5. Putih Telur
(*)Bahagian putih telur memiliki kandungan protein yang tinggi serta dapat membantu pembentukan rambut baru dan ia menjadi lebih cepat. Sapu putih telur keseluruh rambut secara merata selama 15 minit, kemudian bilas bersih supaya tidak meninggalkan bau hanyir. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan putih telur tersebut dengan minyak zaitun.
6. Guna Lidah Buaya
(*)Lidah buaya memiliki kandungan nutrisi yang dapat membantu untuk memanjangkan rambut dan membuatkan rambut anda tumbuh cepat serta lebat. Ambil lendir lidah buaya, kemudian sapu ke kulit kepala dan rambut secara merata. Setelah mencuci rambut, gunakan gel lidah buaya yang sudah dicampur dengan sedikit madu. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilaslah sehingga bersih.
7. Manfaat Kulit Epal
(*)Bukan setakat buahnya yang baik untuk kesihatan tubuh, kulit epal juga boleh digunakan untuk panjangkan rambut dengan cepat. Kulit epal mengandungi vitamin yang dapat melancarkan perjalanan darah menuju ke otak. Kisar kulit buah epal sehingga lumat, kemudian sapukan pada kulit kepala secara merata dan urut dengan lembut. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna.
EmoticonEmoticon