Sunday, 6 March 2016

Petua Berkesan Untuk Menghalau Nyamuk Aedes

Tags


1.[*] Pokok Bunga Tapak Dara

::Jenis tanaman ini mengandung zat yang mudah terbang memenuhi udara sekitarnya. Pokok Tapak Dara sangat mudah ditanam didalam pasu atau ditanah. Jika ditanam di dalam pasu, ianya boleh pindahkan ke pelbagai tempat dengan mudah.



2.[*] Bungan Kantan

::Bunga Kantan adalah sejenis tumbuhan rempah dan merupakan tumbuhan berbentuk tema yang bunga, buah, serta bijinya dimanfaatkan sebagai rempah. Bunga ini juga mampu mengusir nyamuk.



3.[*] Serai Wangi

::Serai telah dikenal sebagai salah satu bahan yang sering digunakan sebagai bahan memasak, tetapi ada manfaat lain yang tidak kurang pentingnya iaitu sebagai tanaman pengusir nyamuk. Tanaman yang termasuk dalam kategori rumput ini tidak disukai nyamuk kerana adanya zat geraniol dan sitronelal. Ekstrak serai juga telah dimanfaatkan dalam pembuatan losyen pengusir nyamuk dengan aromanya yang khas.



4.[*] Citrosa Mosquito

::Tumbuhan yang berasal dari Belanda ini adalah musuh nyamuk dan sangat menyukai sinar matahari. Menjaganyanya cukup mudah dan tidak memerlukan perhatian khusus. Hanya dengan air dan pupuk. Ketika disentuh, tumbuhan ini mengeluarkan bau limau yang sangat kuat yang akan mengusir serangga.



5.[*] Bunga Lavender

::Bunga lavender mengandung zat linalool dan lynalyl acetate yang akan menyebabkan nyamuk seperti ‘lalok’. Kedua-dua zat ini boleh diperolehi dari proses penyulingan sehingga boleh diproses menjadi bahan anti nyamuk.



6.[*] Bunga Tahi Ayam

::Biasanya bunga ini digunakan untuk ditanam di taman-taman. Kedua-duanya kadang-kala dikenali dengan nama marigold dan selalu digunakan untuk menghalau nyamuk.



7.[*] Zodia

::Tanaman ini berasal dari Indonesia khususnya di Papua. Orang Papua biasanya akan menggosok kulit mereka dengan dedaunan tertentu sebelum masuk ke hutan supaya dilindungi daripada serangan serangga, khususnya nyamuk.



8.[*] Mintrosa of Lady Diana

::Seperti Citrosa Mosquito, sangat sukar untuk menemui bunga ini di negara kita. Hampir sama dengan tumbuhan cintrosa, tumbuhan ini juga sangat dibenci nyamuk. Penjagaannya juga sangat mudah dan biasanya dijadikan tanaman hiasan. Tumbuhan ini juga mengeluarkan aroma yang sangat kuat dan tidak disukai oleh nyamuk.



9.[*] Bunga Rosemary atau Selasih

::Selasih adalah tumbuhan yang boleh dimanfaatkan daun, bunga dan bijinya sebagai rempah serta penyegar. Pelbagai bahagian tumbuhan ini berbau dan berasa khas, kadang-kadang langu, harum, atau manis, bergantung kepada jenisnya. Ada di antaranya yang boleh menyebabkan anda mabuk. Tumbuhan ini sangat berguna untuk mengusir nyamuk. Beberapa jenis selasih, misalnya kemangi, berasal dari Asia Tenggara, namun sebahagian besar dianggap berasal dari benua India.


EmoticonEmoticon