(*)Semak Khasiat Putih Telur seperti berikut:
1. Memperkuatkan Otot Dan Tulang
(*)Telur yang kaya dengan protein dan asid amino ini dapat membantu menyihatkan dan membentuk kepadatan pada sel, yang mana otot menjadi lebih mudah terbentuk. Di samping itu, salah satu kandungan zat karoten pada putih telur juga dapat memperkuatkan tulang.
2. Menghilangkan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata
(*)Lingkaran hitam di bawah mata yang muncul disebabkan kurang tidur boleh dihilangkan dengan putih telur. Caranya mudah sahaja, pukul putih telur dan sapukan pada bawah mata. Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, anda boleh menambah hirisan mentimun dan letak di mata anda.
3. Melembutkan Kulit Wajah & Menghilangkan Jerawat
(*)Kandungan protein yang terdapat pada putih telur memliki khasiat dlaam membantu melembutkan kulit wajah serta mengecilkan pori-pori. Campur putih telur dan yogurt, kemudian aplikasikan sebagai maskar. Manakala untuk menghilangkan jerawat pula, ambil putih telur tersebut, sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit sehingga ia kering. Setelah itu bilas sehingga bersih. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
4. Tidak Mengandungi Kolesterol
(*)Dalam putih telur tidak ada kandungan lemak ataupun kolesterol. Ini bermakna anda tidak perlu bimbang tentang peningkatan kolesterol jika terlalu kerap memakannya.
5. Bagus Untuk Rambut
(*)Putih telur boleh menambah volume rambut agar menjadi lebih tebal dan juga mencegah rambut anda daripada rosak. Basahkan rambut dengan air, kemudian sapukan putih telur pada rambut hingga ke kulit kepala sehingga rata. Urut lembut dan biarkan selama sejam sebelum dibersihkan dengan air sejuk. Untuk menghilangkan bau hanyir tersebut, adan boleh gunakan syampu.
6. Mengurangkan Minyak Di Wajah
(*)Salah satu penyebab tumbuhnya jerawat kerana adanya kandungan minyak yang berlebihan di wajah. Kandungan berlebihan membuatkan pori-pori wajah menjadi besar dan putih telur yang mengandungi vitamin E dapat membantu. Penggunaannya cukup mudah, campurkan putih telur dengan serbuk kayu manis yang telah digaul rata. Kemudian sapukan pada wajah secara merata dan biarkan mengering selama 20 minit. Setelah itu, bilas dengar air bersih.
Info Ekstra!
Ciri-ciri Kulit Wajah Sensitif
(*)Bersisik
(*)Mudah alergik
(*)Mudah diserang jerawat
(*)Kesan luka sukar hilang
(*)Perubahan warna pada kulit
(*)Peka terhadap produk baru
(*)Perawatan Kulit Sensitif
(*)Jangan gunakan pembersih wajah yang mengandungi zat eksfoliasi. Jika kulit berminyak, gunakan pembersih yang mengandungi ‘salicylic acid’ untuk membuka ruang pori-pori yang tersumbat,
(*)Cuba gunakan produk yang mengandungi herba semulajadi seperti ‘chamomile’ dan lidah buaya yang berfungsi sebagai anti-iritasi.
(*)Hindari menggunakan penyegar wajah yang mengandungi alkohol kerana ia sangat reaktif terhadap kesan kulit sensitive.
(*)Bersihkan kesan solekan dengan pembersih lembut yang tidak mengandungi sabun (soap free) dan lembut (mild).
(*)Apabila kulit anda sedang bermsalah, ketika membersihkan wajah dengan menggunakan air atau make up remover wipes berbentuk tisu, pastikan anda tidak menggosoknya terlalu kuat.
EmoticonEmoticon