Friday 11 March 2016

Bahana Seluar Ketat

Tags


(*)Anda penggemar seluar jean ketat? Hati-hati! Terlalu kerap memakai jean ketat boleh mendatangkan impak buruk pada kesihatan.

(*)Dr.Karen Boyle dari Pusat Kesihatan Greater Baltimore Amerika Syarikat, menjelaskan pemakaian seluar jean yang terlalu ketat boleh mendorong kepada penyakit saraf.

(*)– Ia dikenali sebagai Meralga Paresthica, penyakit yang merosakkan saraf itu menyebabkan individu sering berasa kebas, mati rasa dan sakit pada kaki. Rasa sakit itu berpunca daripada tekanan di bahagian peha.

(*)–  Tahukah anda di London, pemakaian pakaian ketat dalam tempoh lama boleh menyebabkan kanser melanoma, iaitu kanser kulit yang sangat berbahaya. Kanser ini biasanya bermula dengan tanda hitam pada kulit.

(*)• Tanda hitam adalah sel pigmen abnormal (melanosit) yang muncul pada kulit.

(*)• Ia penyebab terganggunya kesuburan perempuan (endometriosis), iaitu gangguan yang sering mengakibatkan gangguan kesuburan pada perempuan.



(*)Menurut kandungan buku Al-Istanbuli (2006), seorang perempuan yang memakai pakaian ketat pada musim sejuk  dikatakan tidak mampu menghangatkan tubuh badannya.

(*)– Kesannya, ia membahayakan keadaan rahim wanita. Selain itu, perjalanan darah (pembuluh darah) juga akan terganggu.

(*)– Keadaan akan menjadi semakin kritikal sekiranya individu menggunakan jean ketat bersama tumit tinggi. Pemakaian seluar jean ketat dan kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama membuat postur pinggul menjadi senget sebelah kerana tekanan yang di alami.

(*)– Tidak hanya wanita, lelaki yang mengenakan jean terlalu ketat juga akan mengalami masalah kesihatan. Pada lelaki, pemakaian seluar jean ketat boleh meningkatkan dan menggalakkan pembiakan kulat selain mengurangkan penghasilan sperma.

(*)Justeru, individu dinasihatkan untuk tidak kerap menggunakan seluar ketat kerana seluar ketat ini bukan sahaja boleh mendatangkan penyakit tetapi juga boleh mengundang kepada dosa.


EmoticonEmoticon