Friday 11 March 2016

4 Tips Memilih Pakaian Ibu Mengandung

Tags


#Pakailah Pakaian Berwarna Terang

(*)Cubalah pakai pakaian berwarna terang atau cerah seperti pink, oren, kuning atau merah. Pakaian ibu mengandung daripada warna-warna terang mampu menunjukkan personaliti anda sebagai ibu mengandung yang penuh semangat dan energetik.Di samping itu, kekalkan keyakinan diri anda ketika bergaya dan nescaya anda akan kelihatan cantik dan penuh personaliti.


#Kenakan Pakaian Bercorak

(*)Pakaian ibu mengandung yang menampilkan renda, manik-manik atau corak mampu melengkapi penampilan ceria anda. Pakaian ibu mengandung yang dekoratif juga boleh dijadikan pilihan anda dalam bergaya.



#Bergaya Dengan Cardigan Atau Sweater

(*)Cardigan atau sweater yang tepat dengan ukuran badan sesuai dan selesa anda gayakan walaupun nampak simple. Pakaian ibu mengandung seperti cardigan dan sweater panjang sesuai digayakan dengan legging.



#Kenakan Aksesori

(*)Aksesori sememangnya boleh menyerlahkan lagi gaya para ibu mengandung. Apatah lagi jika ia serasi dengan pakaian ibu mengandung yang anda gayakan. Tak ada salahnya jika anda bergaya dengan scarf cantik, anting-anting, shawl, sandal dan sebagainya jika anda mahu kelihatan lebih cantik dan bergaya ketika mengandung.


EmoticonEmoticon