Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(##)5-6 ekor sotong sederhana besar
(##)1 labu bawang besar – mayang
(##)1 inci halia – mayang
(##)5 biji bawang putih – mayang
(##)3 batang serai – ketuk
(##)tomato – belah 4
(##)carrot – potong kecil panjang
(##)daun limau purut
(##)minyak masak
(##)cili api
(##)sos tiram
(##)kunyit
(##)garam
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. (##)Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
2. (##)Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau.
3. (##)Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
4. (##)Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi, masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kemudian masuk tomato dan carrot. Kacau lagi.
5. (##)Apabila sotong sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
EmoticonEmoticon