.Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[--]Daging kisar jenama “Ramly”[PASTIKAN RAMLY, BARU BELI] (200g )
[--]Bawang Besar – Dihiris (1 biji )
[--]Bawang Putih – Dicincang (2 ulas )
[--]Halia – Dicincang (1/2 inci )
[--]Celery – Dipotong Dadu (1 batang )
[--]capsicum merah – Dipotong Dadu ( 1/2 biji )
[--]serbuk kari – Dibancuh dgn sedikit air ( 2 camca besar )
[--]minyak masak/butter utk menumis (secukupnya)
Bahan-bahan lain –
[--]aluminium foil saiz 8″ x 8″ (1 bekas )
[--]roti putih Gardenia (6 keping )
[--]telur (4 biji )
[--]susu segar (4 camca besar)
[--]Serbuk Lada Hitam (secukupnya)
[--]Garam (secukupnya)
[--]parutan keju mozzarella (1 cawan )
[--]Daun parsley utk hiasan
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-
1. [--]Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau.
2. [--]Masuk kan daging dan kacau hingga hampir masak. Masukkan rempah kari, kacau biar sebati dengan daging.
3. [--]Masukkan celery, capsicum dan gaulkan rata.
4. [--]Kecilkan api dan biarkan campuran tadi hampir masak.
5. [--]Sementara tu campurkan telur, susu dan serbuk lada hitam, kacaukan sebati.
6. [--]Susunkan roti ke dalam bekas aluminium foil. Tuangkan setengah daripada adunan telur + susu ke atas lapisan roti dan biarkan meresap di roti.
7. [--]Tutupkan api daging dan tuangkan adunan tersebut ke atas lapisan roti dan ratakan. Taburkan keju memenuhi lapisan daging.
8. [--]Tuangkan baki campuran susu dan telur tadi.
9. [--]Bakar dalam oven pada suhu 160° selama 30minit/masak. Keluarkan dan potong untuk dihidang.
EmoticonEmoticon