Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(-)Kulit popia secukupnya
(-)1 cawan sayur campur
(-)300 gram taugeh
(-)1 cawan isi ayam, bahagian dada atau isi
(-)1/2 bawang besar dipotong dadu
(-)1/2 kiub ayam
(-)3 sudu besar minyak masak
(-)1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
(-)sedikit air
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-
1. (-)Cincang kasar isi ayam.
2. (-)Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam. Goreng sehingga isi ayam masak.
3. (-)Masukkan sayur campur, taugeh, garam. kiub ayam dan sedikit lada sulah. Masukkan sedikit air. Goreng lagi dalam 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
4. (-)Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti. Kemudian gulung kulit popia. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam.
5. (-)Goreng popia dalam minyak penuh sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos cili thai.
EmoticonEmoticon