Tuesday 23 February 2016

Resepi Nuget Ayam Mudah Untuk Di Buat (Homemade)

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[::]200 gm daging ayam – dikisar
[::]2 biji telur – ambil putih sahaja
[::]1 sudu kecil serbuk kari
[::]100 gm serbuk roti
[::]½ labu bawang besar – dicincang
[::]Sedikit lada sulah
[::]Sedikit serbuk perasa ayam
[::]Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [::]Satukan daging ayam kisar dengan putih telur. Kemudian campurkan dengan serbuk kari, serbuk perasa ayam dan lada sulah.


2. [::]Campurkan dengan serbuk roti dan gaul hingga sebati. Setelah bahan sebati, ambil sedikit dan bentuk mengikut kesukaan anda.

3. [::]Simpan nuget dalam peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dimasak agar ia mengeras dan terbentuk dengan elok.

4. [::]Apabila hendak dinikmati, goreng nuget sehingga kekuningan. Hidangkan dengan sos kegemaran anda.


EmoticonEmoticon