Thursday, 25 February 2016

Resepi Nasi Goreng Hailam Power

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Nasi Goreng –

(::)Nasi putih
(::)2 ulas bawang putih (dicincang)
(::)Kicap secukup rasa
(::)Garam secukup rasa

Bahan Kuah Hailam –

(::)1/2 kiub ayam
(::)5-6 ekor udang
(::)2 cawan air
(::)1 sd besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
(::)2 sd besar sos tiram
(::)Sedikit serbuk lada hitam
(::)Garam secukup rasa
(::)Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

Cara-cara untuk memasaknya ialah:-

Nasi Goreng –

1. (::)Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata.

2. (::)Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.

3. (::)Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

Kuah Hailam –

1. (::)Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.

2. (::)Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.

3. (::)Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.

4. (::)Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.

5. (::)Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.

6. (::)Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.


EmoticonEmoticon