Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:
Bahan A –
[+=+]5 kuning telur
[+=+]50g minyak
[+=+]50g susu segar
[+=+]20g gula kastor
[+=+]85g tepung gandum
[+=+]1 sudu teh baking powder
Bahan B –
[+=+]5 biji putih telur
[+=+]60g gula kastor
[+=+]1 sudu teh cream of tartar
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-
1. [+=+]Putar kuning telur dan gula hingga sebati. Masukkan minyak putar sebati.
2. [+=+]Masukkan susu putar lagi. Masukkan tepung, gaul hingga sebati kemudian ketepikan.
3. [+=+]Dalam mangkuk lain putar putih telur bersama cream of tartar hingga berbuih.
4. [+=+]Masukkan gula, putar hingga kembang dan gebu (bila terbalikkan mangkuk adunan tak jatuh).
5. [+=+]Ambil 1/3 cawan adunan putih telur, kemudian tuang ke dalam adunan kuning telur. Gaul sebati.
6. [+=+]Kemudian tuang semua bahan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Gaul bahan hingga sebati dengan cara kaup balik.
7. [+=+]Alas loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan. Bakar 160’c selama 25 minit (ikut oven masing-masing).
8. [+=+]Bila dah masak, biarkan sejuk seketika. Kemudian barulah disapu frosting dan gulung kek dengan rapi.
EmoticonEmoticon