Thursday, 25 February 2016

Resepi Kek Gulung Green Tea Yang Sedap

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan untuk Kek –

('')1 biji telur
('')3 biji kuning telur – Simpan putih telur
('')35 gm mentega
('')60 gm tepung superfine – diayak
('')5 gm serbuk teh hijau – diayak bersama tepung
('')60 gm susu segar
('')85 gm gula kastor

Bahan-bahan untuk Krim –

('')100 gm krim putar
('')2 sudu teh gula ising

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. ('')Panaskan ketuhar pada suhu 160’c. Pukul telur (termasuk telur kuning) hingga sebati. Ketepikan seketika.

2. ('')Seterusnya cairkan mentega dalam kuali dan padamkan api. Masukkan tepung dan juga serbuk teh hijau. Gaul rata. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit.

3. ('')Masukkan pula susu segar dan gaul hingga sebati. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang tidak berketul. Ketepikan seketika.

4. ('')Pukul putih telur serta gula kastor hingga kembang dan gebu. Tuang ke dalam bekas yang mengandungi bancuhan tepung dan telur tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

5. ('')Sapukan mentega pada loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Guna Loyang bersaiz 10’ x 10’.

6. ('')Tuang adunan dan bakar pada suhu 160’c selama 20 minit. Apabila kek telah masak, keluarkan dari Loyang dan sejukkan seketika.

7. ('')Untuk krim, pukul krim putar bersama gula ising hingga kental. Sapukan ke atas kek dan gulung dengan kemas.

8. ('')Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidangkan.


EmoticonEmoticon