Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
Bahan A –
['']3 biji kuning telur
['']75gm gula kaster
['']50ml air
['']40ml minyak jagung / minyak masak
['']55gm tepung gandum
['']20gm serbuk koko
['']1 sudu teh coklat emulco
Bahan B –
['']3 biji putih telur
['']2 sudu teh gula kaster
['']1/8 sudu teh cream of tartar
Bahan C –
['']1 tin kecil dark pitted cherry, toskan airnya
['']200ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat
Hiasan –
['']Parutan coklat masakan / chocolate rice / maraschino cherry
+ Loyang 10 x 10″ (di alas dan di gris)
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
1. ['']Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. ['']Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
3. ['']Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
4. ['']Tuang ke dalam loyang. Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.
5. ['']Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10- 15 minit.
6. ['']Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 15 minit.
7. ['']Sediakan sekeping kertas minyak yang lebih besar dari kek. Terbalikkan kek. Keluarkan kertas alasnya.
8. ['']Sapu whip krim di permukaan kek dan susun dengan pitted cherry, kemudian gulung dengan mengerakkan kertas ke depan seperti mengulung sushi.
9. ['']Bungkus dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.
EmoticonEmoticon