Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[--]1 kg sotong-bersihkan, cuci dan toskan
[--]2 biji tomato, belah 4
[--]1 keping asam gelugor
[--]2 sudu besar rempah kari ikan *
[--]1 sudu besar rempah kari daging * (*di bancuh dngn sedikit air)
[--]2 sudu besar cili kisar
[--]2 sudu besar kicap manis jalen
[--]2 sudu besar sos tiram
[--]2 sudu besar madu
[--]Air jika perlu
[--]Garam dan gula secukup rasa
[--]Minyak utk menumis
Bahan-bahan Hiris dan Tumis –
[--]1 labu bawang besar
[--]2 ulas bawang putih
[--]1 tangkai daun kari, dilurut
[--]2 batang serai- di ketuk
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. [--]Sotong di bersihkan, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
2. [--]Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Guna api yang sederhana dan setiasalah dikacau. Masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.
3. [--]Masukkan sotong, asam gelugor, madu, sos tiram, dan kicap. Kemudian, gaul rata.
4. [--]Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, tutup api dan hidangkan.
EmoticonEmoticon