Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(^^)1 ekor ayam – Dibersihkan dan di potong
(^^)1/2 – 3/4 cawan kicap manis – Ikut selera
(^^)1/2 cawan santan pekat
(^^)sedikit serbuk kunyit
(^^)sedikit garam
Bahan-bahan untuk Dikisar ialah:–
(^^)1 inci lengkuas
(^^)1 inci halia
(^^)1 labu bawang besar
(^^)2 – 3 batang serai
(^^)4-5 ulas bawang putih
(^^)5-10 biji cili kering
(^^)1/2 sudu kecil jintan kasar
(^^)1/2 sudu kecil jintan halus
(^^)1 sudu kecil biji ketumbar
(^^)1 sudu makan lada putih
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. (^^)Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng semua ayam dengan minyak penuh hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. (^^)Tumis semua bahan kisar atau tumbuk hingga wangi kemudian masukkan kicap manis, santan dan sedikit air.
3. (^^)Masak seketika kuah kicap tadi hingga kuahnya mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
4. (^^)Jika suka, boleh masukkan cili padi sebiji sebiji dalam ayam kicap. Masak seketika, sesuaikan rasa dan boehlah diangkat. Hidangkan.
EmoticonEmoticon